Deepavali Outreach Program e-Learning (Google Awesome!)
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniDeepavali Outreach Program merupakan program anjuran Maxis dengan usahasama Pusat Internet PPR Intan Baiduri bersama Pusat Internet Wilayah Tengah dan Sukarelawan Maxis. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif amal sempena musim Deepavali. Program ini menerapkan nilai-nilai murni dalam penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak bagi memastikan mereka sentiasa menggunakan internet dengan berhemah. Selain itu, peserta turut diberi peluang untuk bersama-sama membuat “Kolam Deepavali”. Aktiviti ini telah disertai 60 peserta kanak-kanak yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Antara skop program:
1. Sesi pengenalan.
2. Taklimat berkaitan aktiviti.
3. Games dan Kuiz Google Awesome!
Antara tujuan program:
1. Mendidik kanak-kanak bagi memastikan mereka menggunakan internet dengan bijak.
Program turut dimeriahkan dengan kedatangan VIP daripada pihak Maxis dan Komuniti PPR Intan Baiduri:
Mariam Bevi Batcha (Ketua Pegawai Hal Ehwan Korporat Maxis)
En Rashid Abd Samad (Ketua Penduduk PPR Intan Baiduri)
En Bala (Ketua Komuniti India PPR Intan Baiduri)
Pn Zariah Ali (Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: